Friday, January 13, 2012

Nak Update..

Assalammualaikum w.b.t

Da lama aku tak update sebenarnya blog ni. Ok, what's happening guys and girls? Sihat? Jika sihat Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik kte da masuk tahun 2012 kan? Apa azam korang tahun ni? Azam aku tahun ni, "Berubah untuk menjadi lebih baik". Tahun ni juga tahun last untuk aku belajar di Consist College, bulan Februari nanti aku akan tamat belajar, dan bulan April nanti aku akan memulakan sesi praktikal hingga bulan Oktober. Selepas itu, tamat lah pengajian aku di sini selama 2 tahun setengah. Dah lama aku nantikan saat-saat ini, aku nak bekerja, dan membantu family aku. Aku da xtahan tengok keadaan MaMa aku kne kerja untuk aku, selepas ini aku pula akan bekerja untuk MaMa aku. Aku pun nk Ayah tiri aku berehat, cukup la hampir 50 tahun dia bekerja untuk menghidupkan orang sekeliling dia.

Inilah CONSIST College, tempat aku menjalani pangajian aku sebagai Safety Officer

Nama kolej ni tak la segah kolej-kolej lain. Tapi cukup sekadar aku mengetahui bahawa kolej ini berganding dengan Petronas, cukup.

Time ni aku dengan MaMa kat Pantai Cahaya Negeri kat Port Dickson, malam tu Mami Imah ada buat family gathering and makan-makan, MaMa lak balik Melaka sorang-sorang. Aku nak teman, tapi nak balik KL nanti takut tak ada tambang.

HUHUHUHUHU....


'Ya Allah, bagi aku peluang untuk menabur jasa dan bakti kepada orang yang aku sayang, terutamanya MaMa aku'.  

Ok, Jumpa reader sume lain kali, InsyaAllah, aku akan cuba update blog aku ni semampu aku.

Assalammualaikum, moga korang sihat sentiasa.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..sy berminat utk tau psl consist college ni..mohon Whatsapp sy do sini 0145152371..tq in advance :)

    ReplyDelete